Islamic Clock

Tokoh Ilmuan Islam

Biografi Al Khawarizmi

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi dikenal di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi dan al-Gorismi. Beliau dilahirkan di Bukhara. Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau hidup di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi adalah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangen dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat belajar matemati  dan astronomi. Al-Khawarizmi juga diberi kepercayaan untuk memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia dalam berbagai disiplin. Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang pertama kali memperkenalkan aljibra dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular yang masih digunakan sampai sekarang.

Sumbangan beliau dalam bentuk hasil karya diantaranya ialah :

1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

2.Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan mengemukakan 800 buah masalah yang sebagian besar merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

3.Sistem Nomor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem Nomor pada zaman sekarang. Karyanya yang satu ini memuatkan Cos, Sin dan Tan dalam penyelesaian persamaan trigonometri , teorema segitiga sama kaki dan perhitungan luas segitiga, segi empat dan lingkaran dalam geometri.

Kepribadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam maupun dunia Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sarton mengatakan bahwa“pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur….” Dalam hal ini orang yang dimaksudkan ialah Al-Khawarizmi. Tokoh lain iaitu Wiedmann berkata….” al-Khawarizmi mempunyai kepribadian yang teguh dan seorang yang mengabdikan hidupnya untuk dunia sains”.

Algebra merupakan nadi matematik. Karya Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12  sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah algebra.

Biografi Al Battani

Abdullah Muhammad Ibn Jabir Sinan al-Battani atau yang lebih dikenal dengan panggilan al-Battani atau Albatenius ialah ilmuwan astronomi yang mendapat pengakuan dunia. Salah satu hasilnya adalah masa bumi mengelilingi matahari. Berdasarkan perhitungannya, beliau menyatakan bahawa bumi mengelilingi pusat suria itu dalam waktu 365 hari, 5 jam, 46 minit, dan 24 detik. Perhitungannya mendekati dengan perhitungan terakhir yang dianggap lebih tepat.

Al-Battani lahir di Battan, Harran, Suriah pada sekitar 858 M. Keluarganya merupakan penganut sekte Sabbian yang melakukan ritual penyembahan terhadap bintang. Namun beliau tidak mengikut jejak langkah nenek moyangnya, beliau lebih memilih untuk memeluk Islam. Ketertarikannya dengan benda-benda yang ada di langit membuat al-Battani kemudian menekuni astronomi. Secara informal beliau mendapat pendidikan dari ayahnya yang juga  ilmuwan, Jabir Ibn San’an Al-Battani. Keyakinan ini menguat dengan adanya bukti kemampuan al-Battani membuat dan menggunakan sejumlah alat astronomi seperti yang dilakukan oleh ayahnya.

Beliau meninggalkan Harran untuk menuju ke Raqqa yang terletak di tepi Sungai Eufrat. Di sana beliau melanjutkan pendidikannya. Di kota inilah beliau melakukan beragam penelitian hingga beliau menemukan pelbagai penemuan kecemerlangannya. Pada saat itu, Raqa menjadi terkenal dan mencapai kemakmuran. Ini disebabkan kerana Khalifah Harun al-Rashid, khalifah ke-5 dalam Zaman Accasiyah, pada 14 September 786 membangunkan sejumlah istana di kota tersebut. Ini merupakan penghargaan atas penemuan yang dihasilkan oleh al-Battani. Kota ini menjadi pusat kegiatan baik dalam ilmu pengetahuna mahupun perniagaan yang mempunyai pelbagai sumber.

Setelah 42 tahun melakukan penelitian yang diawali pada masa mudanya di Raqqa, beliau menemukan bahawa garis bujur matahari mengalami peningkatan sebesar 16,47 derajat sejak perhitungan yang dilakukan oleh Ptolemy. Ini menbuahkan penemuan yang penting mengenai gerak lengkung matahari. Al-Battani juga menentukan secara tepat kemiringin ekliptik, panjang musim, dan orbit matahari. Beliau juga menemukan orbit bulan dan planet dan teori baru untuk menentukan sebuah kondisi kemungkinan terlihatnya bulan baru. Ini berkait dengan pergantian dari sebuah saiz bulan ke saiz bulan yang lain.

Penemuan mengenai garis lengkung bulan dan matahari pada 1749 kemudian digunakan oleh Dunthorne untuk menentukan gerak akselerasi bulan. Dalam bidang matematik, al-Battani juga memberikan sumbangan terutama dalam trigonometri.

Buku tentang astronomi yang paling terkenal adalah Kitab Al Zij. Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12 dengan judul De Scienta Stellerum u De Numeris Stellerum et Motibus oleh Plato dari Tivoli. Terjemahan tertua dari karyanya itu masih ada di Vatikan. Terjemahan buku tersebut tak melulu dalam bahasa Latin tetapi juga bahasa lain.

Terjemahan ini keluar pada 1116 sedangkan edisi cetaknya beredar pada 1573 dan pada 1645. Sementara terjemahan karya tersebut ke dalam bahasa Sepanyil muncul pada abad ke-13. Pada masa selanjutnya baik jemahan al-Battani dalam bahasa Latin mahupun Sepanyol tetap bertahan dan digunakan secara luas.

Tidak hairan apabila tulisannya sangat memberikan pengaruh bagi perkembangan ilmu pengetahuan di Eropah hingga datangnya masa Pencerahan. Dlam Fihrist yang dikompilasi Ibn An-Nadim pada 988, karya ini merupakan kumpulan Muslim berpengaruh pada abad ke-10, dinyatakan bahawa al-Battani merupakan ahli astronomi yang memberikan gambaran akurat mengenai bulan dan matahari.

Informasi lain dalam Fihrist menyatakan bahawa al-Battani melakukan penelitian antara tahun 877 dan 918. Tidak hanya itu, di dalamnya juga termuat informasi mengenai akhir hidup ilmuwan ini. Fihrist menyatakan baawa al-Battani meninggal dunia dalam perjalanan dari Raqqa ke Baghdad. Perjalanan ini dilakukan sebagai bentuk protes kerana beliau dikenakan pajak yang berlebih. Al-Battani memang mencapai Baghdad untuk menyampaikan keluhannya kepada pihak pemerintah. Namun, beliau menghembuskan nafas akhirnya ketika dalam perjalanan pulang dari Baghdad ke Raqqa.

Ibnu Batuta

Abu Abdullah Muhammad bin Battutah (24 Februari 1304 – 1368 atau 1377) adalah seorang pengembara Berber Maroko dari golongan Muslim Sunni. Beliau merupakan cendiakawan dan ulama Mazhab Maliki dan kadang-kalanya berkhidmat sebagai Qadi atau hakim. Walaubagaimana pun beliau tersohor sebagai penjelajah dan pengembara . Pengembaraan bermula pada usia 20 tahun dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi lebih kurang 117,000 km. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.

Setiap kali mengunjungi sesebuah negara atau negeri, Ibnu Batuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulama serta kezaliman yang disaksikan. Beliau turut mencatatkan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim. Malangnya, pencapaian Ibnu Batuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatan itu dirampas dan disembunyikan Kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika. Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang pelayar Islam yang agung. Hakikatnya Ibnu Batuta adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam.

Bagaimana Ibn Battuta menghabiskan tahun-tahun sisa hidupnya tidak diketahui. Dia meninggal dunia di Fez sekitar 1369. kubur tanpa tanda-Nya dapat dilihat di sana hari ini.